Saturday, April 9, 2016

Membudidaya Keluaran Tempatan: Gula Melaka atau Gula Merah


Lazimnya, gula Melaka diperbuat daripada nira kelapa. Selain daripada pohon kelapa, pohon nipah, pohon lontara dan kelapa sawit juga boleh dijadikan bahan asas dalam pembuatan gula Melaka.
Nira daripada pohon-pohon tersebut disadap ke dalam tabung penyimpan yang biasanya diperbuat daripada buluh setinggi satu kaki. Air kapur turut dicampur ke dalam tabung penyimpan untuk membuang rasa masam nira dan mengelakkan nira menjadi rosak.
Air nira yang dituai turut dipanggil sebagai tuak. Tuak dituang ke dalam kancah (kuali) dan dimasak di atas sabak sehingga mendidih. Tuak dikacau sehingga menjadi kental, berwarna pekat dan berbuih. Peringkat ini dikenali sebagai "bunga sena". Setelah itu, kancah diturunkan dan gula terus dikacau selama beberapa minit untuk menghasilkan gula Melaka yang halus.
Setelah itu, gula dituang ke dalam acuan buluh yang lompong di kedua-dua arahnya. Gula dibiarkan dingin selama 30 minit sebelum dikeluarkan daripada acuannya.
Gula Melaka asli turut tergolong dalam kelompok makanan rendah indeks glisemik (glycemic index) berbanding gula biasa, di mana peningkatan kadar gula dalam darah setelah mengambil gula Melaka adalah lebih rendah berbanding gula biasa. Gula Melaka memiliki indeks glisemik berukuran 35, satu pertiga daripada gula biasa yang mencecah indeks glisemik 93.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, pada sesiapa yang ada gula kencing manis tinggi bacaan 10 hingga

    20 ke atas


    Sukar kawal gula wlaupun dah cuba pelbagai petua dan herba


    Jangan biarkan keadaan semakin serius!

    saya ada herba herba khusus untuk turunkan gula dengan cepat.

    Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.

    tiada rasa pahit dan rasa tawar saja

    bila makan tidak menyebabkan angin atau sakit urat.

    Melegakan sakit saraf akibat kncing manis dan sembuh kan luka Kembali

    Jika ada masalah slip diks sakit dah bertahun tahun dan tidak sembuh2 walau pelbagai

    cara dah cuba…Insya Allah kita rawatkan sampai baik




    Hubungi/WhatsApp:
    Mohd Zuhairi Bin Noordin
    017-468 7570

    Insya-Allah, gula turun elok balik

    ReplyDelete