Tuesday, December 11, 2018

Bahasa Melayu dan Kata Pinjaman

Menerusi laman sesawang ini: http://sealang.net/lwim/ , berikut ialah jumlah perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu/Indonesia.

Arab (2758)
Belanda (1764)*
Inggeris (1028)
Cina dan dialek-dialeknya (1093)
Sanskrit (830)
Tamil (147)

*majoriti wujud dalam variasi bahasa Indonesia berbanding variasi bahasa Melayu lain

Dua bahasa asing yang masih kerap diserap ke dalam bahasa Melayu ialah:
1. bahasa Inggeris
2. bahasa Arab

Sedangkan penyerapan aktif dari bahasa Belanda, bahasa Sanskrit dan lain-lainnya sudah terhenti

Kamus Dewan ke-4 (Malaysia) menunjukkan 82,900 kata masukan (34,578 entri) dalam bahasa Melayu. Jika dihitung kira, peratusan perkataan asing dalam bahasa Melayu adalah sekitar (dibahagi dengan jumlah entri);

Arab - 0.08%
Belanda - 0.05%
Inggeris - 0.03%
Cina - 0.03%
Sanskrit - 0.02%
Tamil - 0.004%

Masih banyak perkataan-perkataan Melayu yang tersimpan dan menunggu masa untuk dipugar dan diberi nafas baharu. Bahasa Melayu bukan sekadar besi,babi,padi dan ubi. **sumber rujukan kata pinjaman dalam bahasa Melayu/Indonesia: http://sealang.net/lwim/