Setiap bunyi dalam bahasa Melayu dilambangkan dengan satu huruf. Tidak seperti bahasa Inggeris, di mana satu huruf boleh mewakili pelbagai bunyi. Tahukah anda, di sebalik bunyi-bunyi huruf dalam bahasa Melayu terkandung rahsia dan makna?
Bayangkan, setiap huruf itu mempunyai personaliti atau keperian yang tersendiri...
Moh, kita lihat...
Huruf benar (Konsonan) B
Personaliti B ialah bosan, lembab dan lembap. Cuba sebut ba ba ba berulang-ulang kali, maka kita akan lihat bunyi yang dihasilkan agak membosankan dan mendatar. Jadi, dapat kita amati, perkataan-perkataan asli Melayu (perkataan serapan pengecualian, walaupun kadang kala dipengaruhi dengan 'mood' bunyi-bunyi Melayu) yang mempunyai 'mood' bosan, lembab dan lembap serta yang berkait dengannya.
Contoh:
baring - orang malas selalu baring, kalau bosan maka baring
basah - basah --> lembab
borang - birokrasi, lembap, lambat
lambat - bosan, lembap
Namun, ada sesetengah perkataan yang tidak membawa 'mood' yang dinyatakan di atas kerana sebab-sebab yang akan dibincangkan kemudiannya. Contoh: benar, bentang, banting, dan betul.
Huruf benar (Konsonan) C
Personaliti C ialah ceria, cantik optimis dan daring (berani). Ulangi sebutan ca ca ca banyak kali, maka anda akan faham apa yang cuba disampaikan.
Contoh:
Cantik
Ceria
Cuba - optimis
Cangkul - optimis, kerana bila mencangkul untuk bekerja akan mendapat hasil
Conteng - kanak-kanak yang riang, menzahirkan kreativiti mereka
Celak - berani atau bold, bahasa Inggerisnya
Namun, tak bermakna semua perkataan yang mempunyai huruf C beraura positif atau baik. Contoh: cemuh, curang, dan caci. Perkataan-perkataan ini kelihatan negatif tetapi nilai daring (berani) personaliti huruf C masih terserlah.
Huruf benar (Konsonan) D
Personaliti D ialah datar atau bahasa anak-anak muda, steady. Sesuatu perkara yang malar, stabil dan tidak ada perubahan mendadak. Namun, kewujudan huruf D dalam perkataan seperti dadak, menyalahi personaliti huruf D dengan kehadiran konsonan K di akhir suku kata, yang menghasilkan satu intonasi perubahan yang secara tiba-tiba, iaitu mendadak.
Contoh:
Muda - orang muda biasanya, steady
Darah - ialah unsur yang penting dalam badan, perlu kepada kestabilan dan malar
Dadu
Dara
Dabik
Dorong
Datar
Dinding
Namun, kerana kestabilan atau kedataran personaliti huruf D, huruf D banyak menjadi pelengkap kepada sesuatu perkataan dan dipengaruhi huruf-huruf lain yang lebih menyerlah personalitinya seperti dalam perkataan debar, detak dan dering.
Sekian sahaja untuk hantaran kali ini. Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju atau tidak? Nyatakan dalam ruang komentar di bawah. Sampai bertemu di hantaran yang lain.
Terima kasih.